Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Usul pindaan Perintah Tetap dilulus, elak ambil maklumat tidak sahih di media sosial
  • TEMPATAN

DUN: Usul pindaan Perintah Tetap dilulus, elak ambil maklumat tidak sahih di media sosial

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

PETRA JAYA: Usul pindaan terhadap Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memperkukuh tatacara dan disiplin semasa persidangan dibentang dan diluluskan hari ini.

Usul tersebut dikemukakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan diluluskan selepas disokong penuh oleh ahli Dewan.

Pindaan ini melibatkan perubahan kepada beberapa Perintah Tetap, termasuk Perintah Tetap 20, 32(10), 40(3), 86, dan 90, dengan tujuan memperbaiki kelancaran dan ketelusan proses perundangan DUN.

Abdul Karim menegaskan bahawa pindaan ini bertujuan menangani cabaran terkini serta memastikan peraturan DUN kekal relevan dalam menghadapi isu semasa, termasuk penyalahgunaan media sosial dan sidang media yang didapati boleh mencemarkan kewibawaan Speaker DUN serta institusi perundangan.

Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan segelintir ahli Dewan yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghasut serta memperlekehkan keputusan Speaker melalui media sosial dan sidang media. 

“Apa yang berlaku dalam Dewan ini memberi kesan kepada perpaduan serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini. Maka, adalah penting agar keputusan dan perbincangan dalam Dewan ini dihormati dan tidak disalah tafsir kepada pihak awam,” katanya.

Tambah Abdul Karim, pindaan ini bukan sahaja memastikan ahli Dewan menjaga disiplin, tetapi juga mempertahankan ketertiban institusi perundangan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan oleh ahli Dewan dalam melaksanakan usul tersebut.

Dengan kelulusan usul ini, semua perintah tetap yang dipinda akan dicetak dan diedarkan kepada ahli Dewan sebagai panduan. 

Usul tersebut disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: DUN: Undang-undang alam sekitar perlu tangani pencemaran, agenda sifar sisa
Next: DUN: Apa sudah jadi dengan projek tangki aras tinggi di Daro?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.