Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Projek Pusat Kanser Sarawak kini di peringkat prapelaksanaan – Dr Sim
  • SEMASA

DUN: Projek Pusat Kanser Sarawak kini di peringkat prapelaksanaan – Dr Sim

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Amar Profesor Dr Sim Kui Hian menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Projek Pusat Kanser Sarawak kini di peringkat prapelaksanaan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. 

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek itu. 

“Buat masa ini, JKR sedang menyediakan anggaran kos untuk projek tersebut berdasarkan 310 katil,” katanya pada sesi penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini. 

Pada 30 Mac tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di Samarahan. 

Anwar berkata menerusi projek itu, Sarawak mencipta sejarah apabila menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai projek Persekutuan terlebih dahulu bagi mempercepat pelaksanaannya.  

Sementara itu, Dr Sim berkata untuk tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menerima dana operasi sebanyak RM2.81 bilion dan RM500.59 juta sebagai dana pembangunan daripada Kementerian Kesihatan setakat 30 April lepas. 

Beliau berkata dana itu diperuntuk bagi perbelanjaan operasi, pembangunan modal insan, naik taraf kecil dan pembaikan kemudahan kesihatan selain perkhidmatan sokongan hospital serta klinik termasuk perolehan peralatan perubatan.

“Buat masa ini, Sarawak mempunyai 26,978 petugas penjagaan kesihatan kerajaan termasuk 1,907 orang yang berkhidmat secara kontrak.

“Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat,” katanya. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Brunei masuk IJN kerana keletihan
Next: Indonesia sambut Aidiladha 6 Jun, sehari lebih awal dari Malaysia, Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.