Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Pertingkat kerjasama selesaikan isu sekolah di kawasan pedalaman  
  • SEMASA

DUN: Pertingkat kerjasama selesaikan isu sekolah di kawasan pedalaman  

Utusan Sarawak 6 months ago
ANYI Jana (Ngemah-GPS). Foto HERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Isu sekolah di kawasan pedalaman Sarawak terus mendapat perhatian, dengan gesaan agar Kerajaan Persekutuan dan negeri mempertingkatkan kerjasama bagi memastikan kemudahan pendidikan yang lebih baik.

Dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025, Anyi Jana (Ngemah-GPS), menyuarakan kebimbangan terhadap kekurangan kemudahan asas dan bahan mengajar di sekolah pedalaman, yang menyukarkan guru melaksanakan pengajaran berkualiti.

Antara isu utama yang diketengahkan ialah keadaan SK Nanga Jagau, yang memerlukan tapak baharu kerana lokasi sedia ada di lereng bukit berisiko tanah runtuh ketika hujan lebat.

Bangunan sekolah tersebut dilaporkan uzur dan kurang selamat untuk digunakan.

Sementara itu, SK Nanga Balingiau turut menghadapi masalah serius, yang mana tapaknya sering dilanda banjir akibat limpahan air sungai.

“Keadaan ini menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan peralatan mengajar, sekali gus mengganggu proses pembelajaran murid-murid.

“Tapak lama SMK Datuk Haji Abdul Rahman Yakub (SEDAYA) yang telah ditinggalkan sejak 2013 kini menjadi kawasan terbengkalai, dipenuhi semak-samun, dan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan penduduk setempat.

“Adalah disarankan agar kerajaan negeri mengambil alih kawasan itu untuk pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, semalam.

Turut dibangkitkan ialah isu pengambilan guru di Sarawak.

Beliau menekankan keutamaan kepada anak tempatan untuk mengisi jawatan guru di negeri ini, memandangkan guru luar sering memohon perpindahan dalam tempoh singkat.

Ini, tegasnya, menjejaskan kesinambungan pendidikan di Sarawak.

“Kita tidak menolak integrasi nasional, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada graduan tempatan yang lebih memahami sosiobudaya Sarawak,” jelasnya.  

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 48 pasukan buru gelaran juara pertandingan ‘Double Dart’
Next: DUN: SFS digesa segera selesaikan isu belenggu jurutera, arkitek  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.