Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Menteri perlu dapat kelulusan kabinet ke luar negara, belanja disemak
  • SEMASA

DUN: Menteri perlu dapat kelulusan kabinet ke luar negara, belanja disemak

Utusan Sarawak 6 months ago

Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak mengikuti garis panduan yang jelas dan ketat bagi lawatan kerja rasmi ke luar negara.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mana-mana menteri di negeri ini yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara, perlu mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

“Kami mengikuti garis panduan yang jelas serta dasar yang mantap. Sesiapa di sini (menteri negeri) yang mahu pergi ke luar negara mesti dapatkan kelulusan daripada Kabinet, mereka tidak boleh pergi begitu sahaja.

“Semua butiran (perbelanjaan perjalanan) akan disemak oleh Setiausaha Kewangan Negeri,” katanya semasa bacaan ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Rang undang-undang itu melibatkan jumlah RM68,746,470, iaitu perbelanjaan tambahan untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan oleh beberapa kementerian dan jabatan, sama ada dana tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam Anggaran Hasil 2024 dan Anggaran Tambahan Pertama 2024.

Terdahulu, Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) mengemukakan notis kepada Dewan untuk meminta perincian perbelanjaan di bawah rang undang-undang berkenaan, termasuk perbelanjaan perjalanan bagi Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. – Bernama.

Continue Reading

Previous: DUN: Saran tingkat had kelayakan bantuan kewangan RM1,500 kepada RM1,700
Next: DUN: Mohon pihak berwajib kembalikan era kegemilangan “Ngap Sayot”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.