Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: 28 projek SPS dan SPK sedia 2,761 lot kediaman di Sarawak
  • TEMPATAN

DUN: 28 projek SPS dan SPK sedia 2,761 lot kediaman di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto JAPEN

PETRA JAYA: 28 projek Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) telah diluluskan melibatkan 2,761 lot kediaman dengan kos keseluruhan dianggarkan RM242.48 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sehingga 30 April 2026.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pelaksanaan SPS dan SPK merupakan kesinambungan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan rakyat berpendapatan rendah terus memiliki akses kepada tanah kediaman yang terancang serta lengkap dengan infrastruktur asas.

“Skim berkenaan telah diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK4) sebagai usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan penempatan lebih tersusun kepada rakyat di seluruh Sarawak.

“Sejak 2018, dasar ini telah ditambah baik oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan memperkenalkan pembangunan infrastruktur spesifikasi baharu termasuk jalan berturap, parit konkrit, lot bertembok serta kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik di kawasan SPS dan SPK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurut Awang Tengah, kos purata pembangunan bagi setiap lot di bawah skim berkenaan dianggarkan tidak kurang daripada RM150,000, namun kerajaan negeri mengekalkan kadar premium tanah pada tidak melebihi RM2,500.

Katanya, bayaran premium itu turut dibenarkan secara ansuran sehingga 10 tahun bagi membantu meringankan beban rakyat yang layak.

“Daripada keseluruhan projek yang diluluskan itu, tiga projek telah siap sepenuhnya, tujuh projek dijangka siap pada penghujung 2026, 11 projek dijangka siap pada 2027, manakala baki tujuh projek akan diteruskan sehingga tamat tempoh RMK13,” ujarnya.

Beliau berkata pelaksanaan berfasa ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan perumahan rakyat dilaksanakan secara terancang, inklusif dan berimpak jangka panjang.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: DUN: Enam projek pembaharuan bandar giat dilaksana secara berfasa
Next: LPKP Sarawak gantung lesen dua lori pengadun simen selepas terbabit kemalangan maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.