Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua warga Mexico didakwa seludup lebih 200kg methamphetamine ke Australia
  • GLOBAL

Dua warga Mexico didakwa seludup lebih 200kg methamphetamine ke Australia

Utusan Sarawak 3 hours ago
KONTENA dari Mexico yang disyaki membawa lebih 200 kilogram methamphetamine ke Sydney diperiksa pihak berkuasa. Foto: Facebook Polis Persekutuan Australia

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia mendakwa dua warga Mexico berhubung cubaan terancang menyeludup lebih 200 kilogram (kg) methamphetamine ke Sydney, lapor Xinhua.

Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dimulakan selepas anjing pengesan Pasukan Sempadan Australia memberi petunjuk positif terhadap kehadiran narkotik ketika memeriksa sebuah kontena perkapalan yang tiba dari Mexico pada awal Jun.

Penyiasat forensik AFP kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas kontena itu dan mengenal pasti lapisan methamphetamine yang diserap dalam cat bahagian dalaman kontena berkenaan.

Menurut polis, kontena itu mengandungi lebih 200kg methamphetamine dengan anggaran nilai pasaran jalanan sebanyak 185 juta dolar Australia (AS$130.6 juta).

Siasatan membawa kepada pelaksanaan waran geledah oleh AFP di sebuah premis di barat laut Sydney pada Isnin, dengan pihak berkuasa merampas peranti elektronik serta peralatan industri yang didakwa digunakan untuk mengekstrak methamphetamine itu.

Dua warga Mexico seorang bapa dan anak lelakinya masing-masing berusia 49 dan 25 tahun ditahan di premis berkenaan sebelum didakwa atas satu pertuduhan cuba memiliki kuantiti komersial dadah kawalan sempadan yang diimport secara haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Seorang lagi warga Mexico, wanita berusia 25 tahun, turut ditahan namun dibebaskan sementara siasatan lanjut dijalankan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.7 melanda Indonesia tengah
Next: Gaun pengantin Vietnam ‘mendunia’, tukang jahit tempatan setanding jenama fesyen mewah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.