Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua warga emas cedera, kereta terbabas di Kampung Sri Kandong
  • KEMALANGAN

Dua warga emas cedera, kereta terbabas di Kampung Sri Kandong

Utusan Sarawak 17 hours ago
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membantu mengeluarkan mangsa yang cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kampung Sri Kandong, Kuching. Foto JBPM 

KUCHING: Dua lelaki warga emas cedera selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dalam satu kemalangan kendiri di Kampung Sri Kandong, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 petang. 

“Setibanya di lokasi pada jam 4.59 petang, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat dua mangsa lelaki dewasa yang mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membantu mengeluarkan mangsa yang cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kampung Sri Kandong, Kuching. Foto JBPM 

Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan mangsa dengan membuka pintu kenderaan sebelum mengangkat mereka menggunakan pengusung.

Mangsa pertama, berusia 82 tahun, berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan.

Seorang lagi mangsa, berusia 70 tahun, diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Komander operasi, PBK I Ibrahim Assan berkata, operasi berjaya dikawal pada jam 5.25 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.04 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Oleh Adele Rissa

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.