Dua wanita cedera kemalangan di Pan Borneo Sibu-Bintulu

Facebook
WhatsApp
Kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Batu 38 Sibu - Bintulu.

SIBU: Dua wanita mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Batu 38 Sibu – Bintulu, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataannya memberitahu, seorang daripada mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dua orang mangsa terbabit telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan telah menerima rawatan awal di dalam ambulans KKM Klinik Kesihatan Selangau,” katanya.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 5.04 petang.

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem