Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua taufan hampiri selatan Jepun – Agensi Meteorologi 
  • GLOBAL

Dua taufan hampiri selatan Jepun – Agensi Meteorologi 

Utusan Sarawak 8 months ago

TOKYO: Dua taufan dikenali sebagai Jebi dan Krathon sedang menghampiri selatan Jepun, lapor Sputnik memetik Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin.

Jebi telah bergerak ke arah Kepulauan Ogasawara dan dijangka menghampiri Kepulauan Izu pada Selasa.

Jebi pada Selasa dan Rabu akan melanda sepanjang pantai utara Jepun. 

Pada masa ini, tekanan pusat taufan ialah 998 hectopascal dan kelajuan angin berhampiran pusat ialah 32.1 kilometer (km) sesaat, dengan kelajuan tiupan angin maksimum mencecah 48.2 km sesaat.

Krathon kini berada di antara Taiwan dan Filipina dan sedang bergerak ke arah Jepun dari selatan. 

Ia kini dinilai sebagai “sangat kuat” dengan tekanan pusat 935 hectopascal dan kelajuan angin maksimum berterusan berhampiran pusat mencapai 80.4 km sesaat, manakala kelajuan tiupan angin maksimum ialah 112.6 km sesaat. 

Krathon dijangka akan sampai ke Kepulauan Sakishima di Wilayah Okinawa menjelang hujung minggu.

Pada Ogos, Jepun dilanda Taufan Shanshan yang kuat, mengorbankan lapan orang dan menyebabkan lebih 120 cedera. – BERNAMA-SPUTNIK

Continue Reading

Previous: Kapal angkasa bawa angkasawan Rusia, AS tiba di ISS
Next: Banduan hukuman mati paling lama rai ‘kemenangan’ kerana bebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.