KUCHING: Dua rumah teres terjejas dalam kejadian kebakaran di Lorong 6A1A, Taman Matang Jaya, di sini, hari ini.
Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada 4.11 petang.
Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dengan kekuatan 16 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai PBK II KUP Ibrahim Assan dikejarkan ke lokasi.
”Setibanya di lokasi, Komander Operasi (KO) mengesahkan kebakaran melibatkan rumah teres satu tingkat jenis struktur kekal berkeluasan 25×40 kaki persegi telah terbakar hampir 90 peratus.
”Sementara itu, sebuah rumah bersebelahan terjejas di bahagian siling ruang parkir anggaran lima peratus telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.
Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak.
Pasukan keluaran operasi (PKO) kemudian melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki, dua nozel, dua aliran salur bantu mula sehingga kebakaran berjaya dikawal.
Setelah memastikan keadaan kembali selamat sepenuhnya, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 5.45 petang.
Oleh RYNNA SHA’ERRA dan NOOR IKMAL