Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua remaja wanita maut dalam nahas di Jambatan Batang Sadong
  • KEMALANGAN

Dua remaja wanita maut dalam nahas di Jambatan Batang Sadong

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUA remaja wanita maut manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong, awal pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

SIMUNJAN: Dua remaja wanita maut manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.30 pagi sebelum menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

DUA remaja wanita maut manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong, awal pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

Pasukan yang diketuai Komander Operasi, Eddy Sazali tiba di lokasi pada 6.51 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi serta sebuah lori yang dipercayai mengalami kerosakan.

Kemalangan tersebut mengakibatkan dua penumpang wanita dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Pemandu Perodua Myvi, mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

KERJA-KERJA pembersihan dijalankan bagi menghapuskan sisa tumpahan minyak serta serpihan kemalangan di atas jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut. Foto JBPM Sarawak

Sementara itu, pemandu lori, dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba kemudian mengangkat kedua-dua mangsa ke tempat yang selamat sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kerja-kerja pembersihan turut dijalankan bagi menghapuskan sisa tumpahan minyak serta serpihan kemalangan di atas jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Operasi yang turut melibatkanf Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) tamat sepenuhnya pada 9.29 pagi.

Oleh Norman B

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan dan langgar penghadang jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.