Dua pesawat berlanggar dalam pertunjukan udara di Idaho, AS

Facebook
WhatsApp
DUA pesawat berlanggar dalam pertunjukan udara di Idaho, AS. Foto X.

SAN FRANCISCO: Dua pesawat berlanggar di udara pada Ahad semasa pertunjukan udara di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho, Amerika Syarikat (AS), menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku semasa pertunjukan udara Gunfighter Skies, lapor Idaho Statesman yang memetik jurucakap pangkalan berkenaan, Antwain Hanks.

Empat payung terjun dilihat di ruang udara berhampiran lokasi kejadian, manakala kepulan asap hitam dilaporkan menjulang dari kawasan itu.

Seorang pengulas pertunjukan udara memaklumkan kepada penonton bahawa kru pesawat berjaya melenting keluar dengan selamat dan payung terjun mereka berfungsi dengan baik.

Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian. Punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa