Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut dalam nahas pesawat kecil di Brazil
  • GLOBAL

Dua maut dalam nahas pesawat kecil di Brazil

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI pasukan penyelamat di lokasi pesawat kecil terhempas di Brazil.

RIO DE JANEIRO: Dua individu maut dalam nahas sebuah pesawat kecil pada pagi Jumaat di kawasan luar bandar Campo Grande, ibu negeri Mato Grosso do Sul, sebuah negeri di wilayah barat-tengah Brazil, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Jabatan bomba mengesahkan juruterbang dan seorang penyelidik warga Jerman yang berada di dalam pesawat itu maut dalam nahas berkenaan.

Pesawat itu berlepas dari sebuah lapangan terbang tempatan dan dalam penerbangan menuju ke wilayah Pantanal di Mato Grosso do Sul.

Semasa penerbangan, juruterbang dipercayai cuba mendarat di landasan persendirian, kemungkinan disebabkan oleh jarak penglihatan yang terhad akibat kabus tebal.

Operasi menyelamat terjejas akibat keadaan muka bumi apabila kenderaan kecemasan tersangkut di jalan tanah yang menuju ke lokasi nahas, sekali gus melambatkan ketibaan pasukan penyelamat.

Saksi yang bekerja di sebuah hangar berhampiran landasan persendirian itu berkata mereka terdengar satu letupan sejurus sebelum sebelum nahas berlaku.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Indonesia tegaskan pengesahan biometrik wajib untuk pendaftaran SIM baharu
Next: Peru isytihar Keiko Fujimori sebagai presiden 2026 hingga 2031

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.