Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut akibat gempa bumi di selatan China
  • GLOBAL

Dua maut akibat gempa bumi di selatan China

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN penyelamat berjalan melepasi sebuah bangunan yang runtuh selepas gempa bumi melanda Liuzhou di wilayah Guangxi, selatan China. Foto AFP

BEIJING, China: Gempa bumi bermagnitud 5.2 melanda wilayah Guangxi di selatan China awal pagi tadi, mengorbankan dua individu serta menyebabkan 13 bangunan runtuh, menurut laporan media kerajaan.

Agensi berita negara, Xinhua melaporkan gempa itu berlaku di bandar Liuzhou pada 12.21 tengah malam waktu tempatan (1621 GMT). Bagaimanapun, United States Geological Survey merekodkan gempa berkenaan pada magnitud 5.0.

Penyiar rasmi negara, China Central Television (CCTV) mengenal pasti mangsa yang maut sebagai pasangan suami isteri, masing-masing lelaki berusia 63 tahun dan wanita berusia 53 tahun.

Menurut CCTV, seorang lelaki berusia 91 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang berjaya ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Rakaman video yang disiarkan penyiar itu menunjukkan pasukan penyelamat mengusung mangsa yang cedera menggunakan pengusung.

Pihak berkuasa turut memindahkan lebih 7,000 penduduk dari kawasan terjejas.

Video lain yang disiarkan CCTV memaparkan orang ramai bertempiaran keluar dari bangunan tinggi selain timbunan runtuhan di sekitar kediaman yang musnah.

Pasukan penyelamat dilihat meredah runtuhan sambil anjing pengesan digunakan bagi mengesan tanda-tanda mangsa yang masih hidup.

Petugas kecemasan yang memakai topi keselamatan turut menggunakan jentera pengorek untuk membersihkan sisa runtuhan.

Gempa bumi merupakan kejadian yang agak kerap berlaku di China.

Pada Januari 2025, gempa bumi dahsyat yang melanda wilayah terpencil Tibet mengorbankan sekurang-kurangnya 126 nyawa serta merosakkan ribuan bangunan. – AFP

Continue Reading

Previous: Indonesia perkukuh tentera udara dengan aset baharu, termasuk enam pesawat tempur Rafale
Next: Gempa bumi sederhana di Myanmar, gegaran turut dirasai di Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.