
LISBON: Dua maut dan 14 yang lain cedera termasuk empat daripadanya parah, selepas sebuah bas Carris Metropolitana terbabas dari jalan raya dan melanggar pejalan kaki pada pagi Selasa di perbandaran Sintra, menurut pihak berkuasa perlindungan awam Portugal, lapor Xinhua.
Komando Sub-Wilayah untuk Lisbon Raya Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk Kecemasan dan Perlindungan Awam (ANEPC) berkata kemalangan itu berlaku pada 9.42 pagi waktu tempatan di Rua Elias Garcia, berhampiran Lisbon.
Menurut agensi berita Lusa, mangsa yang maut ialah dua wanita berusia antara 30 dan 40 tahun.
Seramai 35 responden kecemasan dan 16 kenderaan dikerahkan ke tempat kejadian, berserta pasukan sokongan psikologi kecemasan.
Punca kemalangan sedang disiasat.- Bernama-Xinhua