SIBU, 31 Oktober: Orang ramai berpeluang menderma darah di dua lokasi berbeza di Sibu pada Ahad ini menerusi kempen anjuran Gereja Methodist Zion dan BEM Bethel dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu.
Kedua-dua kempen itu akan berlangsung serentak dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang, masing-masing di Jalan Merdeka dan Jalan Teku.
Kempen di Jalan Merdeka dianjurkan oleh Gereja Methodist Zion, manakala BEM Bethel menganjurkan kempen sama di Jalan Teku.
Penganjuran kedua-dua kempen berkenaan bertujuan membantu Bank Darah Hospital Sibu menambah bekalan darah bagi memenuhi keperluan pesakit di Hospital Sibu.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti menderma darah boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333, sambungan 2010.
Oleh Akun Giman





