Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di ladang sawit SALCRA Pagan
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di ladang sawit SALCRA Pagan

Utusan Sarawak 12 hours ago
DUA lelaki tempatan ditahan oleh pasukan Task Force Op Tapis Khas IPD Saratok di kawasan Ladang Sawit SALCRA Pagan, petang semalam. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi khas membanteras penyalahgunaan dadah oleh pasukan Task Force Op Tapis Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di kawasan Ladang Sawit SALCRA Pagan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dilakukan sekitar 2.30 petang selepas pihak polis menerima maklumat awam mengenai kehadiran dua lelaki yang disyaki penagih dadah di kawasan ladang berkenaan.

Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan Task Force Op Tapis yang diketuai oleh Sub Inspektor Sub Inspektor Engelbert segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Pasukan operasi telah membuat pemerhatian di tepi jalan Ladang Sawit SALCRA Pagan sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

DUA lelaki tempatan ditahan oleh pasukan Task Force Op Tapis Khas IPD Saratok di kawasan Ladang Sawit SALCRA Pagan, petang semalam. Foto: IPD Saratok

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Saratok bagi tujuan ujian saringan air kencing serta pemeriksaan rekod jenayah lampau.

Suspek pertama merupakan lelaki berusia 23 tahun dari Ulu Krian, Saratok dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau juga mendapati suspek tersebut mempunyai dua rekod kes berkaitan kesalahan narkotik sebelum ini.

Sementara itu, suspek kedua berusia 22 tahun yang juga berasal dari Ulu Krian, Saratok turut didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine melalui ujian air kencing yang dijalankan.

Pemeriksaan rekod jenayah mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suri rumah di Bau rugi RM4,000 terjerat skim pelaburan palsu dalam talian
Next: 40 PATI ditahan dalam serbuan di Samarahan, Sejingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.