40 PATI ditahan dalam serbuan di Samarahan, Sejingkat

Facebook
WhatsApp
DITAHAN… Seramai 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi di beberapa rumah kongsi di kawasan Samarahan dan Sejingkat, tengah malam tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Seramai 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di beberapa rumah kongsi di kawasan Samarahan dan Sejingkat, tengah malam tadi.

Operasi yang melibatkan seramai 30 pegawai imigresen itu menyasarkan rumah kongsi yang disediakan oleh majikan bagi menempatkan pekerja asing di tapak pembinaan.

Semasa serbuan dijalankan, beberapa individu dilaporkan cuba melarikan diri, namun usaha tersebut berjaya dipatahkan hasil tindakan pantas pegawai yang terlibat dalam operasi berkenaan.

DITAHAN… Seramai 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi di beberapa rumah kongsi di kawasan Samarahan dan Sejingkat, tengah malam tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Semuja, Serian bagi tujuan penahanan dan siasatan lanjut.

Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen negara.