Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan, lebih dua kilogram ganja dirampas dalam serbuan di Kuching
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan, lebih dua kilogram ganja dirampas dalam serbuan di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBAHAGIAN daripada lebih dua kilogram ganja yang dirampas dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas lebih dua kilogram dadah disyaki ganja dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua serbuan tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sebuah premis di Jalan Stampin Timur dan sebuah rumah di Jalan Bako.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan, manakala dalam serbuan kedua seorang lelaki berusia 24 tahun turut diberkas.

“Hasil operasi itu, polis merampas sebanyak 2,153.43 gram dadah disyaki ganja dengan anggaran nilai pasaran RM6,000,” katanya.

SEBUAH kereta BMW bernilai kira-kira RM40,000 yang dipercayai hasil daripada aktiviti pengedaran dadah turut disita.

Beliau berkata, polis turut menyita sebuah kereta BMW bernilai kira-kira RM40,000 yang dipercayai hasil daripada aktiviti pengedaran dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

Tambahnya, suspek pertama tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

ACP Alexson berkata kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

Beliau turut menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat melalui talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan miliki dadah, positif syabu dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: Hasrat miliki Toyota Alphard lebur, peniaga rugi RM109,750 di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.