Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam serbuan Op Dadu di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam serbuan Op Dadu di Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di premis kedai komunikasi di Jalan Joseph Valentine Cotter, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Dua lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan Op Dadu yang dijalankan polis di sini hari ini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman, berkata dalam serbuan pertama kira-kira 2.45 petang di premis kedai komunikasi di Jalan Joseph Valentine Cotter, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap telefon pintar suspek mendapati terdapat aplikasi kiosk yang digunakan untuk menjalankan pendaftaran judi dalam talian. Polis turut merampas telefon pintar jenis Realme C63 serta wang tunai berjumlah RM99,” katanya.

POLIS menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di premis kawasn sama, hari ini. Foto IPD Bau

Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan perjudian.

Dalam serbuan kedua kira-kira 3.15 petang di premis kawasan sama, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Polis turut merampas telefon pintar jenis Oppo A54 dan wang tunai berjumlah RM105. Suspek dari Kampung Skiat Baru itu mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Kedua-dua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk siasatan lanjut, termasuk menjalani ujian saringan air kencing.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kenderaan hilang di Siniawan, polis siasat kes kecurian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.