Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dua lagi kluster dikesan di S’wak
  • SEMASA

Dua lagi kluster dikesan di S’wak

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 30 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 57 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 6,002 kes manakala yang telah pulih sebanyak 84 kes dan terdapat dua kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 102 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN 2019-nCoV OLEH YB MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD ID: BN202002115413

SIDANG MEDIA … Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan semalam.
Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak tiga kes baharu dikesan membabitkan dua kluster Covid-19 di Sarawak semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, bagi kluster Persidangan Gereja di Kuching terdapat satu kes baharu yang menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kluster itu 176 kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu 86 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, 85 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital; dua kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan  tiga  kes kematian (kes ke-358, kes ke-2,471 dan kes ke-2,864).

“Bagi kluster Hospital Umum Sarawak (HUS) melibatkan anggota kesihatannya pula, terdapat dua kes baharu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kluster ini 56 kes dengan 35 telah pulih sepenuhnya dan 21 kes lagi sedang dirawat di hospital,” katanya.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan semalam, Dr Noor Hisham berkata kebanyakan kes daripada kluster HUS berkait rapat dengan kluster Persidangan Gereja dengan 29 kes atau 51.8 peratus.

Bagi kluster Individu Dalam Siasatan (PUI) Itali, beliau berkata tiada kes baharu yang dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes positif kluster itu kekal 63 kes.

“Daripada jumlah kes positif kluster ini, 26 kes telah pulih sepenuhnya, 31 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital; satu kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima kematian (iaitu kes ke-1,031, kes ke-1,032, kes ke-1,006, kes ke-2,850 dan kes ke-2,210).

Mengenai kluster HUS, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan siasatan, sehingga kini tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes positif dari wad Covid-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital itu.

Sehingga semalam, 2,003 orang kontak rapat telah dikenalpasti hasil aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif dan didapati 1,950 anggota kesihatan adalah negatif.

Beliau berkata, susulan kluster itu langkah pembendungan yang ketat dijalankan termasuk proses nyahkuman di kawasan berkaitan, aktiviti mobilisasi anggota dari hospital dan klinik kesihatan berdekatan, pesakit rendah imun dipindahkan ke fasiliti berdekatan dan pengaturan tempat kediaman anggota kesihatan serta saringan menyeluruh secara berkala di semua lokasi berisiko tinggi dalam hospital. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penduduk Lundu, Sematan perlu lebih banyak mesin ATM
Next: Sarawak tidak laksana PKPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.