Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua kilang musnah dalam kebakaran di Sibu
  • KEBAKARAN

Dua kilang musnah dalam kebakaran di Sibu

Utusan Sarawak 5 days ago
DUA kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Teng Kui Sui 5 di sini awal pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Dua kilang, masing-masing sebuah kilang kayu dan sebuah kilang barangan terpakai, musnah dalam insiden kebakaran di Jalan Teng Kui Sui 5, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.30 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, dengan bantuan BBP Sibu Jaya dan BBP Sungai Merah, segera digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 2.46 pagi, didapati kebakaran melibatkan dua kilang dengan keluasan kira-kira 1,065 x 850 kaki persegi yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman masih dijalankan bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

Maklumat lanjut berhubung punca kebakaran dan anggaran kerugian akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lapan pintu rumah pekerja hangus dijilat api di Kampung Bedangan Hulu
Next: Gudang musnah terbakar di Bintawa Industrial Estate

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.