Dua kereta alami kerosakan ditimpa sebatang pokok tumbang

Facebook
WhatsApp
DITIMPA POKOK TUMBANG…. Dua kereta mengalami kerosakan selepas ditimpa sebatang pokok tumbang pada malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua kereta mengalami kerosakan selepas ditimpa sebatang pokok tumbang dari tanah perkuburan lama Islam Sarikei pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 8.28 malam.

OPERASI….Pasukan bomba memotong dan mengalih dahan pokok tumbang. Foto BBP Sarikei

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Peter Jinang bergegas ke lokasi di Jalan Masjid Lama.

“Setibanya di lokasi didapati sebatang pokok tumbang dari tanah perkuburan lama Islam Sarikei telah menimpa dua buah kereta di tempat letak kereta,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, jenis kereta yang ditimpa oleh pokok tumbang tersebut adalah Perodua Alza dan Perodua Myvi.

“Pasukan bomba bertindak memotong dahan pokok tumbang menggunakan mesin gergaji berantai.

“Operasi memotong dahan pokok tumbang selesai pada 9.10 malam,” katanya.