Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua kenderaan musnah, rumah terjejas 50 peratus kebakaran di Taman Gamang Height
  • KEBAKARAN

Dua kenderaan musnah, rumah terjejas 50 peratus kebakaran di Taman Gamang Height

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEJADIAN kebakaran yang berlaku di Taman Gamang Height, Jalan Hollis, petang tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Dua kenderaan musnah manakala rumah simen dua tingkat mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus dalam kejadian kebakaran di Taman Gamang Height, Jalan Hollis, di sini petang tadi.

Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.59 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Operasi pemadaman diketuai Komander Operasi Kanan, Andrew Vengitasamy bersama 11 anggota bomba dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan kenderaan pacuan empat roda.

Kebakaran melibatkan dua kenderaan yang diletakkan di bahagian sisi rumah berkenaan. Sebuah Perodua Kancil dilaporkan terbakar sepenuhnya manakala kenderaan Toyota Vios mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus pada bahagian hadapan.

KEJADIAN kebakaran yang berlaku di Taman Gamang Height, Jalan Hollis, petang tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

Selain itu, struktur rumah simen dua tingkat berkeluasan 80×30 kaki persegi turut terjejas apabila kira-kira 50 peratus bahagian siling kawasan tempat letak kereta dan dapur terbakar.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos hantaran sepanjang 100 kaki serta dua aliran salur bantu mula dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran dan pam jentera.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.20 petang sebelum ditamatkan pada 5.50 petang setelah pemeriksaan keselamatan dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Turut hadir di lokasi ialah Ketua Zon Sri Aman, Muhammad Rais Adham Rosalan bagi memantau perjalanan operasi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Adi Safarman 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tilam terbakar di Kampung Mendang Lumut, tiada mangsa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.