Dua kapal AS berlanggar di Caribbean, dua cedera

Facebook
WhatsApp
KAPAL Amerika Syarikat berlanggar di Caribbean. Foto Agensi

WASHINGTON: Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) dan sebuah kapal bekalan Tentera Laut berlanggar di perairan Caribbean pada Rabu semasa proses pengisian bahan api antara kapal, menyebabkan dua mengalami kecederaan ringan, lapor The Wall Street Journal (WSJ) semalam, memetik  Jurucakap Markas Selatan AS, Kolonel Emmanuel Ortiz, menurut agensi berita Sputnik/RIA Novosti.

Kapal yang terlibat ialah kapal pembinasa kelas Arleigh Burke, USS Truxtun dan kapal sokongan tempur pantas kelas Supply, USNS Supply.

Anggota yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala kedua-dua kapal masih boleh meneruskan pelayaran dengan selamat, kata Ortiz sambil menambah bahawa punca perlanggaran dan lokasi tepat kejadian masih belum dipastikan. Insiden itu kini masih dalam siasatan.

Seorang pegawai tentera memberitahu WSJ bahawa perlanggaran itu berlaku di kawasan tanggungjawab Markas Selatan (SOUTHCOM), di tengah-tengah pengerahan besar-besaran aset tentera laut di wilayah itu oleh Presiden AS Donald Trump dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada kempen menentang penyeludup dadah.

Terdapat 12 kapal perang di bawah SOUTHCOM AS pada masa ini, termasuk kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford serta kumpulan tempurnya, menurut laporan itu. -Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara