Dua helikopter bertembung di udara Finland, 5 maut

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HELSINKI, Finland: Lima maut selepas dua dua helikopter persendirian bertembung di ruang udara Finland dan terhempas semalam, kata polis.

“Lima orang maut dalam kemalangan helikopter berhampiran Lapangan Terbang Eura pada Sabtu (semalam),” kata Ketua Detektif Inspektor Johannes Siirila dalam satu kenyataan.

Berdasarkan jadual penerbangan, sebuah helikopter membawa dua orang dan tiga dalam sebuah lagi helikopter.

Kedua-duanya berlepas dari ibu negara Estonia, Tallinn dan menuju ke Piikajarvi, beberapa kilometer dari tempat pesawat terhempas.

Media melaporkan antara penumpang dalam helikopter itu adalah ahli perniagaan.

Akhbar Finland, Iltalehti memetik seorang saksi, Antti Marjanen yang melihat salah satu helikopter melanggar yang lain ketika di udara.

“Salah satu daripadanya jatuh seperti batu dan satu lagi lebih perlahan. Saya tidak mendengar sebarang bunyi,” kata Marjanen. – AFP

Indonesia sasar lancar motosikal elektrik nasional

JAKARTA: Indonesia dijangka melancarkan motosikal elektrik nasional sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan kenderaan keluaran tempatan, selain merancang menghasilkan kereta nasional.