Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece
  • GLOBAL

Dua gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece. Foto hiasan.

ATHENS: Dua gempa bumi berturut-turut masing-masing dengan magnitud 4.6 dan 5.3 menggegarkan pulau peranginan Crete dalam tempoh selang beberapa minit pada tengah hari, hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik media tempatan.

Pusat gempa berkenaan dikesan pada kedalaman sekitar 14 kilometer di bawah dasar laut berhampiran pulau kecil Gavdos di selatan Crete. Gegaran kuat gempa bumi itu dilaporkan dapat dirasai dengan jelas di seluruh pulau berkenaan, termasuk di bandar Rethymnon dan Chania, menurut portal dalam talian Cretalive.

Pihak polis Greece telah menjalankan rondaan di kawasan terjejas namun tiada sebarang laporan mengenai kerosakan diterima setakat ini, lapor Cretalive. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Seorang maut dalam nahas kereta api kargo bertembung di Munich

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.