Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua cedera, seorang tersepit dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Dua cedera, seorang tersepit dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 2 months ago
PIHAK bomba mengeluarkan mangsa tersepit.

SIBURAN: Sebuah kereta Perodua Viva terbabas dalam kemalangan kendiri di Jambatan Sungai Batu, Kampung Tapah yang mengakibatkan seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Saiful, Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan menerima panggilan kecemasan pada 4.16 pagi dan segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, dua mangsa sudah berjaya keluar sendiri, manakala seorang lagi masih tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong pintu pemandu dan mengeluarkan mangsa.

“Seorang mangsa yang mengalami kecederaan lebih serius dihantar ke Hospital Serian menggunakan jentera EMRS, manakala dua lagi mangsa yang cedera ringan diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan pagi tadi.

Tambahnya, selepas operasi menyelamat selesai, pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan sebelum operasi ditamatkan pada 5.23 pagi.

“Seramai enam anggota bomba bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Emergency Medical Rescue Services (EMRS) terlibat dalam operasi ini,” jelasnya.
Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang lagi mangsa kanak-kanak hilang ditemukan lemas
Next: Pasangan suami isteri cedera dalam kemalangan di Simpang Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.