

PASUKAN BOMBA… Menjalankan operasi pemadaman kebakaran dua bengkel di Jalan Wawasan, malam tadi. Foto JBPM Zon Sibu
SIBU: Dua bengkel jenis berkembar dua tingkat di Jalan Wawasan dilaporkan terbakar, malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.29 malam.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan buah bengkel jenis berkembar dua tingkat struktur kekal, bengkel pertama telah terbakar 80 peratus dan bengkel kedua terbakar 20 peratus hanya melibatkan lapisan fiber bahgian bumbung. Turut terbakar
sebuah kenderaan jenis BMW,” katanya menerusi kenyatan.
Katanya, pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Sibu Sentral sehingga terkawal.
“Operasi pemadamkan kebakaran tamat pada 11.11 malam.
“Kebakaran tiada melibatkan mangsa, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Oleh Akun Giman