Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dua bekas kakitangan MPNM diremanhukuman
  • NASIONAL

Dua bekas kakitangan MPNM diremanhukuman

Utusan Sarawak 5 years ago
DUA bekas kakitangan MPNM diiringi pengawai SPRM di hadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh selepas direman tiga hari atas tuduhan penyelewengan sewa bangunan MPNM. • Foto BERNAMA

MELAKA: Dua bekas kakitangan Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan sewaan bangunan MPNM berjumlah kira-kira RM50,000 dari 2015 hingga tahun lepas.

Tempoh reman sehingga Khamis ini terhadap bekas Setiausaha Kerja Eksekutif MPNM berumur 50-an dan bekas Penolong Kerani Kewangan MPNM berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Lee Kim Keat di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.

Kedua-dua suspek ditahan selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka   pada jam 6.30 petang Isnin lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, dua suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga, tiba di pekarangan mahkamah pada kira-kira jam11.30 pagi diiringi pegawai dan anggota SPRM. – Bernama  

Continue Reading

Previous: 883 Taska di rumah kembali beroperasi
Next: Nombor pendaftaraan SYG kutip hasil tertinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.