Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dron bantu kesan kanak-kanak autisme
  • TEMPATAN

Dron bantu kesan kanak-kanak autisme

Utusan Sarawak 12 hours ago

Mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan. 

KUCHING: Penggunaan dron pasukan penyelamat berjaya membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Jalan Kim Chu Hin, Batu Kawa, sejak semalam.

Sebelum ini, usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh anggota keluarga dan kenalan terdekat, namun gagal.

Lokasi mangsa ditemui di kawasan sungai kira-kira 500 meter dari penemuan seliparnya.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, mangsa, Enrique Bong Kai Cen, ditemui selamat oleh orang awam pada jam 5.18 petang tadi di kawasan sungai, kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan seliparnya sebelum ini. 

“Penemuan tersebut dimaklumkan kepada pasukan penyelamat melalui Unit Drone DJI yang digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi SAR hari kedua dimulakan semula pada jam 8.20 pagi dengan gabungan pencarian darat dan air. 

“Pasukan Bomba menyusuri hutan, kebun dan denai dalam radius 300 meter dari Pos Kawalan Bomba manakala pencarian di permukaan sungai dilaksanakan menggunakan bot PDRM sehingga ke Kampung Sejijak,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kanak-kanak lelaki autisme berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemui selamat oleh orang awam.

Selepas disahkan selamat, mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.50 petang dengan kekuatan 13 anggota bomba serta bantuan agensi lain termasuk PDRM (Unit K9), APM, RELA dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Diskaun 50% saman PDRM bermula 26- 28 Ogos ini
Next: Tun Wan Junaidi membeli bendera sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.