Diskaun 50% saman PDRM bermula 26- 28 Ogos ini

Facebook
WhatsApp
REBUT PELUANG...Orang ramai digesa rebut peluang membayar tunggakan saman susulan diskaun 50 peratus yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos ini.


MIRI: Orang ramai diingatkan agar tidak melepaskan peluang untuk melunaskan tunggakan saman susulan diskaun 50 peratus yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos ini.


Ketua Polis Daerah Miri, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tawaran ini dibuat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 2025.

“Pembayaran boleh dibuat di Kaunter Bayaran Saman, Balai Polis Trafik Miri dan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarawak.

“Tempoh pembayaran bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang sepanjang tempoh tiga hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, diskaun 50 peratus ini  untuk semua jenis saman trafik  kecuali kemalangan jalan raya, kesalahan melibatkan perbicaraan, kenderaan berat, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, kesalahan tidak boleh kompaun dan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Selain itu, turut tersenarai tidak layak menerima diskaun ialah memotong di garisan berkembar dan pengubahsuaian ekzos.

Oleh Liong Chai Ling