BINTANG muda Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dan Jadon Sancho akan memburu lebih banyak gol hari ini dalam ‘derby’ paling pelik dalam sejarah menentang Schalke ketika Bundesliga Jerman kembali tanpa kehadiran penonton.
Dortmund biasanya mengharapkan 82,000 penonton di Signal Iduna Park untuk derby di gelanggang sendiri tetapi stadium akan hampir kosong dengan hanya segelintir media dan pegawai yang dibenarkan masuk.
Malah jurulatih pasukan kebangsaan Joachim Loew tidak akan dibenarkan menyaksikan pemain Jermannya secara langsung ketika mereka kembali beraksi.
“Ia akan menjadi derby paling pelik dalam sejarah,” kata bekas kapten Dortmund, Sebastian Kehl kepada harian Jerman, Welt.
Biasanya, derby di tempat sendiri menentang Schalke menjadi hidup melalui peminat daripada emosi kepada semangat di dalam stadium,” tambah Kehl.
Dortmund berazam merapatkan jurang empat mata di belakang pendahulu Bayern Munich yang berkunjung ke Union Berlin pada esok.
Sementara itu aksi liga di England, Sepanyol dan Itali masih tinggal sebulan lagi, Liga Bolasepak Jerman (DFL) telah menyusun garis panduan kebersihan terperinci untuk liga dimulakan semula.
Bundesliga akan menjadi liga Eropah teratas pertama kembali beraksi dalam wabak itu, yang setakat ini meragut sekitar 7,700 nyawa di Jerman.
Dalam saingan di seluruh negara, pemain gantian akan memakai topeng, meraikan gol akan digantikan dengan ketukan siku sementara berjabat tangan dan pelukan sebelum sepak mula tidak dapat dilakukan.
Tekanan adalah pada Haaland, 19, dan Sancho, 20, bagi meneruskan gandingan penggempur walaupun dengan tempat duduk penonton kosong selain mengemudikan Dortmund yang dilanda masalah kecederaan mencatat kemenangan.
Pemain tengah Emre Can dan Axel Witsel diketepikan kerana ketegangan otot, sementara ‘playmaker’ Marco Reus semakin pulih daripada masalah pangkal paha.
Haaland berada dalam prestasi yang menakjubkan ketika liga digantung pada pertengahan Mac dengan sembilan gol dalam lapan penampilan Bundesliga sejak berpindah dari Salzburg.
Sancho juga mengganas barisan pertahanan lawan dengan 14 gol dan 16 ‘assist’ dalam 23 perlawanan liga.
Di RB Leipzig, yang menduduki tempat ketiga, penyerang Jerman, Timo Werner berhasrat untuk menghampiri sasaran golnya untuk musim ini menentang Freiburg hari ini.
Pasukan Leipzig, Julian Nagelsmann ketinggalan lima mata di belakang Bayern susulan keputusan seri menentang Leverkusen dan Wolfsburg sebelum perlawanan dihentikan kerana wabak virus.
Penjaring terbanyak liga Robert Lewandowski kembali daripada kecederaan dan ingin menambah 25 golnya musim ini iaitu esok menentang Union di Berlin.
Dengan baki sembilan perlawanan lagi, pemain antarabangsa Poland berusia 31 tahun itu akan bersedia untuk mengatasi 30 gol terbaiknya sebelum ini yang berjaya dicapai pada 2015/16 dan 2016/17.
Ia juga berbaloi menyaksikan pemain remaja Bayern dari Kanada, Alphonso Davies, 19, yang telah melanjutkan kontraknya hingga tahun 2025 setelah beberapa penampilan hebat di posisi pertahanan kiri. – AFP