Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Doktor temui belut hidup berenang dalam usus lelaki
  • GLOBAL

Doktor temui belut hidup berenang dalam usus lelaki

Utusan Sarawak 15 hours ago
FOTO Huaihua Daily

CHINA: Semalam, akhbar berbahasa Cina Huaihua Daily melaporkan satu kes luar biasa melibatkan seorang lelaki dari Hunan yang hadir ke Hospital Gabungan Pertama Universiti Perubatan Hunan dalam keadaan wajah pucat, berpeluh dan mengadu sakit perut.

Susulan itu, doktor melakukan imbasan CT pada bahagian abdomen lelaki itu menunjukkan kehadiran satu objek asing yang kelihatan telah menembusi ususnya sehingga hujung rongga perut.

Situasi dialami itu membuatkan perutnya menjadi keras dan berkemungkinan diserang peritonitis  yang boleh membawa maut.

Doktor kemudiannya melakukan pembedahan kecemasan dan mendapati seekor belut hidup sedang berenang di antara organnya.

Semasa pembedahan, doktor mendapati belut itu telah menebusi dinding usus sepenuhnya dan berada di dalam rongga perut.

Dengan menggunakan alat seperti penjepit, pakar bedah berjaya menangkap dan mengeluarkan belut tersebut, kemudian menjahit lubang di kolon sigmoid serta membilas rongga abdomen dengan larutan garam untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Selepas pembedahan, lelaki berkenaan pulih dan telah dibenarkan keluar dari hospital. – Agensi

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, lebih 30 cedera bas terjunam dalam sungai di Selatan Mexico
Next: Kebakaran: Beberapa penumpang panik, terjun dari sayap pesawat Ryanair

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.