Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Doktor cabut gigi atas papan roda dijel
  • GLOBAL

Doktor cabut gigi atas papan roda dijel

Utusan Sarawak 5 years ago
RAKAMAN kerja Seth yang mengundang kemarahan ramai.

Washington: Tindakan seorang doktor di Alaska mencabut gigi pesakit ketika berada di atas hoverboard (papan roda) mengundang padah apabila dia dipenjara 12 bulan.

Ia selepas mahkamah mendapati Seth Lookhart, 35, melakukan kesalahan menipu serta mendatangkan bahaya kepada orang lain, selain melakukan prosedur pergigian tanpa lesen.

Dia menghantar rakaman telefon kepada rakannya ketika mencabut gigi seorang pesakit sambil berdiri di atas hoverboard pada 2016.

Rakaman itu menunjukkan dia membuka sarung tangan sambil mengangkat tangannya dengan penuh bergaya, ketika pesakit berkenaan sudah dibius dengan ubat pelali.

Jabatan Undang-Undang Negeri Alaska berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Anchorage, Michael Wolverton pada penghakimannya berkata, tindakan lelaki itu mencabut gigit pesakit sambil berada di atas hoverboard bukan aspek paling serius dalam kes itu.

Sebaliknya, beliau berkata, Lookhart hampir membunuh banyak individu dengan membius walaupun tanpa latihan dan mendapat kebenaran pesakit.

“Dia melakukannya pada pesakit di luar ruang lingkup latihan dan kepakaran, sambil mencuri wang dan menipu majikan,” katanya.

CNN dalam laporannya pada Jumaat memetik Lookhart sebagai berkata dia tidak dapat mengingat dengan tepat mengenai kejadian itu. “Saya seharusnya mengekalkan disiplin dan fokus yang lebih baik,” katanya.

Continue Reading

Previous: Jepun longgarkan sekatan perjalanan
Next: Pilkada tetap berjalan walaupun pandemik meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.