ISTANBUL: Perlawanan akhir perseorangan lelaki Wimbledon 2023 akan menyaksikan pertembungan antara pilihan utama Sepanyol Carlos Alcaraz dan juara Grand Slam 23 kali Novak Djokovic dari Serbia pada Ahad.
Novak Djokovic, 36, menewaskan Jannik Sinner semalam dalam straight set untuk layak ke final Wimbledon kali kesembilan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bintanh Serbia itu memenangi perlawanan separuh akhir dengan 6-3, 6-4, dan 7-6 di Gelanggang Pusat London.
Djokovic akan menentang pemain Sepanyol Carlos Alcaraz, 20, yang mara ke peringkat akhir Wimbledon pertamanya selepas menewaskan pilihan ketiga dari Russia, Daniil Medvedev 6-3, 6-3, 6-3 dalam perlawanan separuh akhir semalam.
Djokovic telah memenangi Wimbledon tujuh kali dalam karier gemilangnya, kali terakhir pada 2022. – Bernama -Anadolu