Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Diet tinggi garam dikaitkan dengan kemerosotan memori lelaki – Kajian
  • KESIHATAN

Diet tinggi garam dikaitkan dengan kemerosotan memori lelaki – Kajian

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

SYDNEY: Diet tinggi garam boleh mempercepat kemerosotan daya ingatan pada lelaki, dedah satu kajian Australia justeru mengetengahkan kepentingan pilihan diet dalam menyokong kesihatan otak, lapor Xinhua.

Kajian itu mendapati pengambilan natrium yang lebih tinggi boleh menjejaskan ingatan bersifat episod, yang membolehkan orang ramai mengingati pengalaman peribadi dan peristiwa lampau, seperti tempat anda meletakkan kereta atau hari pertama anda bersekolah, menurut kenyataan Universiti Edith Cowan (ECU) Australia hari ini.

Mengukur pengambilan natrium asas dan penurunan kognitif 1,208 peserta dalam tempoh 72 bulan, penyelidik mendapati lelaki dengan pengambilan natrium yang lebih tinggi mengalami kemerosotan ingatan episod yang lebih cepat, manakala tiada perkaitan dilihat pada wanita.

Walaupun natrium berperanan dalam beberapa fungsi fisiologi dan berkait rapat dengan penyelenggaraan badan, penggunaan natrium yang tinggi secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan risiko kejadian kardiovaskular dan tekanan darah tinggi, menurut kajian yang diterbitkan dalam Neurobiology of Aging.

Penyelidik utama Samantha Gardener dari ECU berkata walaupun mekanisme molekul di sebalik proses itu belum difahami, ia dianggap bahawa pengambilan natrium yang tinggi boleh menyumbang kepada keradangan otak, kerosakan pada saluran darah dan mengurangkan aliran darah ke otak. – Bernama Xinhua

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Rabies ancam nyawa, Sarawak perhebat vaksinasi termasuk kaedah oral
Next: Lebam, keletihan mungkin petanda gangguan darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.