Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dianugerah Darjah Kepahlawanan
  • NASIONAL

Dianugerah Darjah Kepahlawanan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 18 Jun -- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima darjah kepahlawanan pasukan polis pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi kurniaan tahun 2019, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DI-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar bersama penerima darjah kepahlawanan pasukan polis pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi kurniaan tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara semalam • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Seri Paduka mengurniakan darjah pangkat pertama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kepada Mazlan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi kurniaan tahun 2019, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan itu ialah Raja Permaisuri Agong  Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan isteri, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Seorang lagi penerima PGPP ialah pesara polis berpangkat CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd manakala atlet berbasikal trek PDRM dan kebangsaan Lans Koperal Ju Pha Som Net menerima darjah Bentara Pasukan Polis (BPP). 

Pada istiadat semalam, 10 pegawai polis menerima  darjah kepahlawanan dan pingat keberanian polis iaitu tiga menerima darjah kebesaran pangkat kedua iaitu Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), seorang menerima darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan empat lagi penerima darjah BPP. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mohd Sharim dipilih sebagai calon BN
Next: Zahid bayar lebih RM1.4 juta ubah suai banglo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.