Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dewan Rakyat kupas isu sokongan kepada PM, SOP kes buli di sekolah
  • NASIONAL

Dewan Rakyat kupas isu sokongan kepada PM, SOP kes buli di sekolah

Utusan Sarawak 2 years ago
PERSIDANGAN Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lepas.

KUALA LUMPUR: Jumlah laporan polis yang telah dibuat terkait dakwaan wujudnya unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) kepada Menteri Dalam Negeri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Selain itu, Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) bertanyakan Menteri Pendidikan mengenai prosedur operasi standard (SOP) pihak sekolah apabila berlaku aduan kes buli pelajar dan setakat mana kes berkenaan dilaporkan kepada pihak polis serta diambil tindakan dalam mahkamah. 

Pada sesi jawab lisan pula, Datuk R.Ramanan (PH-Sungai Buloh) meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan perancangan kementerian terhadap program pembangunan dan pemantapan usahawan digital. 

Turut tersenarai soalan Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) kepada Menteri Pengangkutan berhubung tindakan kementerian selepas pertemuan dengan syarikat e-hailing terutamanya berkaitan semakan semula harga tambang yang dikatakan terlalu rendah sehingga merugikan pekerja sektor ekonomi gig. 

Usai sesi itu, Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan. 

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Fadillah adakan lawatan rasmi pertama ke China esok hingga 19 November
Next: Potongan gaji bayaran PTPTN kini secara dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.