Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Dembele ukir sejarah, rangkul Ballon d’Or 2025 ketepilkan Yamal
  • SUKAN

Dembele ukir sejarah, rangkul Ballon d’Or 2025 ketepilkan Yamal

Utusan Sarawak 6 days ago

Dembele menerima trofi berprestij ini pada majlis gilang-gemilang di Theatre du Chatelet, Paris, awal pagi tadi. - Foto AFP

PARIS: Bintang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Ousmane Dembele dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2025 sekali gus menamatkan dominasi pemain lain selepas musim gemilang bersama kelab gergasi Perancis itu.

Pemain berusia 28 tahun itu mengetepikan cabaran bintang muda sensasi Barcelona dan Sepanyol, Lamine Yamal untuk merangkul trofi individu paling berprestij dalam bola sepak pada majlis gilang-gemilang di Paris, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dembele yang juga bekas pemain Borussia Dortmund dan Barcelona, menjadi tonggak utama kejayaan PSG menjuarai Liga Juara Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab selain mengekalkan kejuaraan Liga Perancis dan Piala Perancis musim lalu.

Sepanjang kempen 2024/2025, penyerang lincah kelahiran Perancis itu meledak 35 gol dalam semua pertandingan, sekali gus menutup mulut pengkritik yang pernah meragui kemampuannya selepas beberapa musim bergelut dengan kecederaan.

“Saya benar-benar tiada kata-kata. Ia musim yang menakjubkan bersama PSG. 

“Trofi ini mungkin untuk individu, tetapi sebenarnya ia kejayaan kolektif,” kata Dembele dengan nada sebak sambil menyifatkan jurulatihnya, Luis Enrique ‘seperti seorang ayah’.

Menariknya, Ballon d’Or bukan sasaran utama Dembele sepanjang kariernya, namun dedikasi membantu PSG memenangi Liga Juara Juara akhirnya membuka jalan untuk anugerah berprestij ini.

Dembele menggantikan pemenang tahun lalu, Rodri dari Manchester City yang gagal mempertahankan kejuaraan.

Sementara itu, Lamine Yamal, 18, yang juga bekas rakan sepasukan Dembele di Barcelona, memenangi Kopa Trophy buat kali kedua berturut-turut sebagai pemain bawah 21 tahun terbaik dunia.

Kejayaan Dembele menambah kebanggaan buat PSG yang turut menyaksikan sembilan pemain mereka dicalonkan untuk anugerah berprestij ini, membuktikan penguasaan kelab ibu kota Perancis itu di pentas Eropah semakin kukuh. – AFP

Continue Reading

Previous: Kontinjen Sabah dan Labuan tiba di Kuching, sertai Bornes Games 2025
Next: 99 Speed Mart hulur ganjaran khas RM107,000 kepada pemenang pingat Paralimpik Paris 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.