Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DEA2025 utamakan AI, Evolusi Hijau dalam usaha ekonomi digital Sarawak
  • TEMPATAN

DEA2025 utamakan AI, Evolusi Hijau dalam usaha ekonomi digital Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING:  Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2025 (DEA2025), yang akan mengiktiraf pencapaian dalam tujuh kategori kecemerlangan digital, kini dibuka untuk penyertaan.

Dalam kenyataan, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) menjelaskan kategori itu ialah Transformasi Teknologi Digital, Penyelidikan & Pembangunan dan Pengkomersialan, Keusahawanan dan Pemula Niaga, Kerajaan Digital, Kandungan Kreatif Digital, Kelestarian Alam Sekitar, dan Kepimpinan Digital.

“Tarikan utama DEA2025 ialah Anugerah Ekonomi Digital Premier, pengiktirafan khas yang akan diberikan atas keberhasilan paling cemerlang dalam kalangan tujuh pemenang kategori itu,” tambah SMA.

Penyertaan boleh dihantar secara dalam talian melalui https://dea2025.ireka.my sehingga 15 September.

DEA2025 diadakan sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) kelapan yang bertemakan ‘AI & Evolusi Hijau: Pertumbuhan, Cabaran, dan Daya Tahan Komuniti’.

SMA memaklumkan persidangan itu, yang dipimpin oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan menghimpunkan pemimpin global, inovator dan pihak berkepentingan untuk meneroka cara kecerdasan buatan memacu pertumbuhan mampan dan daya tahan komuniti.

DEA yang diperkenalkan buat kali pertama pada 2018 adalah sebahagian daripada Strategi Digital Sarawak yang bertujuan menyepadukan teknologi digital dengan semua sektor ekonomi.

“Inisiatif ini menekankan keterangkuman digital serta pembangunan bakat dan infrastruktur di samping mengiktiraf sumbangan daripada sektor awam dan swasta, industri, syarikat berkaitan kerajaan, universiti, badan bukan kerajaan dan individu,” menurut SMA.

Sejak diperkenalkan, IDECS telah berkembang menjadi sebuah platform yang diiktiraf global, menunjukkan komitmen Sarawak dalam membina ekonomi digital yang kukuh melalui kerjasama dengan peneraju teknologi antarabangsa.

Antara hasil daripada IDECS ialah penetapan lapan inisiatif penting yang memacu Sarawak ke arah ekonomi berorientasi digital, serta pembentukan institusi utama seperti Bank Pembangunan Sarawak (DBos), SMA, dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

SMA, yang ditubuhkan mengikut Ordinan Lembaga Multimedia Sarawak 2017, bertanggungjawab terhadap pelaksanaan inisiatif komunikasi, multimedia dan ekonomi digital, dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab digital utama serantau.

Layari https://digitaleconomyawards.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai garis panduan penyertaan, kriteria penilaian dan anugerah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pasar Tani Organik Kuching bantu petani tempatan dan usahawan pasarkan hasil segar
Next: MARA luluskan lebih 20 permohonan bantuan usahawan OKU tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.