Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dato Sri Wahab terus santuni warga memerlukan di Matu, Daro sempena Ramadan
  • Tengah
  • WILAYAH

Dato Sri Wahab terus santuni warga memerlukan di Matu, Daro sempena Ramadan

Utusan Sarawak 3 months ago
Gambar sekitar majlis sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan sumbangan kepada masjid dan surau di Daerah Matu dan Daro berlangsung di Dewan Kampung Tian hari ini.

MATU: Bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah terus menyantuni rakyat yang memerlukan sempena ketibaan Ramadan tidak lama lagi.

Majlis penyerahan sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan sumbangan kepada masjid dan surau di Daerah Matu dan Daro berlangsung di Dewan Kampung Tian hari ini.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan untuk masjid/surau ialah Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Anak kepada Dato Sri Wahab iaitu Rizal pula menyerahkan sumbangan bakul makanan.

Menurut jurucakap bagi pihak Dato Sri Wahab iaitu Raduan Serap, setiap masjid dan surau menerima sumbangan bernilai RM3,000 dan RM1,500.

“Sebanyak 15 masjid dan 40 surau untuk bakul makanan selain tunai RM50.00 kepada setiap 1,800 penerima,” katanya.

Selain itu pertandingan tertutup futsal lelaki dan perempuan juga berlangsung di padang futsal Kampung Tian.

Katanya, semua sumbangan dan hadiah untuk pertandingan futsal tertutup adalah sumbangan peribadi Dato Sri Wahab.

Continue Reading

Previous: Perkasa belia jadi peneraju
Next: PSKB laksana gotong-royong kediaman warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.