Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dasar Sumber Manusia Negara meliputi aspek kesihatan mental – Sivakumar
  • NASIONAL

Dasar Sumber Manusia Negara meliputi aspek kesihatan mental – Sivakumar

Utusan Sarawak 2 years ago
MENTERI Sumber Manusia V Sivakumar pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. FotoBERNAMA

BANGI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang membangunkan Dasar Sumber Manusia Negara yang turut merangkumi aspek kesihatan dan keselamatan pekerja serta aspek kesihatan mental di tempat kerja, kata Menterinya V.Sivakumar.

Beliau berkata pembangunan dasar itu merupakan langkah penting kerana isu berkaitan kesihatan mental menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung, justeru langkah intervensi amat diperlukan bagi menangani isu tersebut.

“Kita memang serius untuk bangunkan Dasar Sumber Manusia Negara dan konteks kesihatan mental juga akan diperhalusi,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini, hari ini.

Sivakumar berkata, jumlah kes psikososial yang menggambarkan hubungan antara keadaan sosial dengan kesihatan mental atau emosi seseorang di tempat kerja yang dilaporkan adalah kecil kerana tahap kesedaran rendah.

Menurut Statistik Penyakit Pekerjaan Negara 2022, hanya satu kes psikososial dilaporkan tahun lepas berbanding penyakit pekerjaan lain seperti gangguan pendengaran, jangkitan kuman dan penyakit paru-paru.

Menurut Sivakumar, NIOSH menjalankan beberapa inisiatif termasuk Program Bantuan Pekerja (EAP) yang bertujuan membantu mengenal pasti dan menangani masalah kesihatan mental pekerja di peringkat awal agar prestasi mereka di tempat kerja tidak terjejas.

EAP menawarkan modul melibatkan sokongan rakan sekerja, terapi santai menggunakan peralatan realiti maya, analisis gelombang otak dan sesi kaunseling secara berkumpulan atau individu. – Bernama

Continue Reading

Previous: MOT kaji guna kamera keselamatan jalan raya baharu dengan ciri tambahan
Next: Kerjasama KPT, industri tingkat jumlah siswazah capai gaji minimum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.