Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dasar sumber manusia, modal insan akan diteliti semula
  • NASIONAL

Dasar sumber manusia, modal insan akan diteliti semula

Utusan Sarawak 3 years ago

PUTRAJAYA, 21 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapian dan Harapan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan meneliti semula dasar-dasar melibatkan sumber manusia dan modal insan dalam usaha mengekalkan dan menarik bakat berkemahiran ke pasaran kerja tempatan.

Beliau berkata Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini mengakui selain menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, negara kini berdepan saingan dari negara maju yang menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik bakat berkemahiran ke sektor berpotensi tinggi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan semalam.

Ismail Sabri berkata kerajaan komited menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan.

Di samping itu, katanya kerajaan juga akan terus berusaha membangunkan bakat masa hadapan bagi pertumbuhan yang inklusif dan mampan.

Katanya Majlis Tindakan Ekonomi juga bersetuju dengan cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi supaya langkah intervensi diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia ke kedudukan 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index).

Katanya ini selari dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Selain itu, satu langkah strategik inovasi akan diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara berikutan ketidakpadanan bidang berkenaan dengan kehendak industri.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan semasa pasaran buruh bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan tekad mantapkan pentadbiran, pulih ekonomi negara
Next: Bajet 2023 berteras kesejahteraan, kebajikan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.