Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dari Borneo ke Motown, satu malam merentas budaya di RWMF 2026
  • HIBURAN

Dari Borneo ke Motown, satu malam merentas budaya di RWMF 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
THE Commodores bersama Thomas McClary menjadi tumpuan utama malam kedua RWMF 2026 di Kuching. Foto Adele Rissa

SANTUBONG: Malam kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) edisi ke-29 menyaksikan pengunjung dibawa mengembara merentasi pelbagai budaya dan tradisi muzik dunia menerusi barisan persembahan yang menghimpunkan artis dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Mongolia, Jepun dan Amerika Syarikat.

Bertempat di Kampung Budaya Sarawak (SCV), suasana festival mula meriah seawal petang apabila pengunjung memenuhi kawasan pentas utama bagi menyaksikan persembahan muzik yang menggabungkan elemen tradisional, kontemporari dan klasik.

KUMPULAN Drum Up dari Filipina ketika mengadakan persembahan berasaskan ritma perkusi pada malam kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 di Kampung Budaya Sarawak. Foto Adele Rissa

Persembahan malam itu dimulakan dengan Akasha (Malaysia), diikuti The Thunder Beat of Nanyang Wushu Drums (Sarawak) yang membuka pentas dengan dentuman gendang bertenaga.

Ia diteruskan oleh Straw Lim (Sabah), Drum Up (Filipina), Sambasunda (Indonesia) serta Namgar (Mongolia dan Jepun) yang masing-masing membawa warna muzik tersendiri dari rantau Asia.

Kemuncak malam adalah penampilan kumpulan legenda Amerika Syarikat, The Commodores bersama pengasasnya Thomas McClary, yang menjadi sorotan utama malam kedua RWMF dengan rangkaian irama Motown termasuk lagu ikonik seperti Nightshift serta himpunan karya popular mereka yang masih dikenali merentas generasi.

KUMPULAN Sambasunda dari Indonesia membawakan persembahan muzik tradisional Nusantara yang mencerminkan kepelbagaian budaya serantau pada RWMF 2026. Foto Nadya Victoria 

Kehadiran mereka melengkapkan perjalanan muzik malam itu dari Borneo hingga ke Amerika Syarikat, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti RWMF.

Pengunjung terus memenuhi kawasan pentas utama hingga akhir persembahan, menjadikan malam kedua antara yang paling berwarna dalam edisi ke-29 festival tersebut.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Bengkel tarian tradisional jadi tarikan utama pengunjung RWMF 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.