Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dapatan baharu mengenai manusia purba dalam penemuan arkeologi di Ethiopia
  • GLOBAL

Dapatan baharu mengenai manusia purba dalam penemuan arkeologi di Ethiopia

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENEMUAN fosil Homo sapiens berusia 100,000 tahun di Lembah Awash buka lembaran baharu dalam memahami evolusi dan kehidupan manusia purba.

ADDIS ABABA: Kerajaan Ethiopia pada Selasa mengumumkan penemuan fosil Homo sapiens purba dan alat batu berusia kira-kira 100,000 tahun, yang dikatakan memberikan “dapatan baharu penting” berhubung evolusi manusia dan gaya hidup manusia terawal, lapor Xinhua.

Pihak Berkuasa Warisan Ethiopia (EHA) berkata penemuan arkeologi terkini itu adalah di tapak di Lembah Awash Lekukan Afar, kira-kira 300 kilometer timur laut Addis Ababa.

Berucap pada taklimat media pada Selasa, Ketua Pengarah EHA Abebaw Ayalew berkata penemuan berkenaan adalah “sangat penting” dalam meningkatkan pemahaman mengenai manusia terawal.

Projek penyelidikan itu turut menemui rangka kera, monyet, haiwan bertanduk, tikus dan burung justeru menunjukkan kawasan tersebut dahulunya subur dan berhutan berbanding landskap padang pasir seperti sekarang, katanya.

Ayalew berkata penemuan itu membantu mengisi “jurang yang lama” dalam perjalanan evolusi manusia dan gaya hidup awal mereka, serta dalam memahami tahap pembangunan teknologi yang dicapai dalam tempoh tersebut.

Penemuan itu berjaya dilakukan menerusi penyelidikan arkeologi meluas yang dijalankan selama beberapa tahun, menghimpunkan saintis dari 24 negara, menurut EHA. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di laut Andaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.