Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dana RM20,000 kepada Persatuan Chung Hua Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Dana RM20,000 kepada Persatuan Chung Hua Lundu

Utusan Sarawak 3 months ago
MERIAH… Abang Abdul Aziz Abang Draup merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Lundu.

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menyuntik dana sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Chung Hua Lundu, semalam.

Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup, RM10,000 disumbangkan untuk majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina (TBC) manakala RM10,000 adalah untuk sambutan Chap Goh Mei yang dijadualkan berlangsung pada 12 Februari ini.

Sumbangan tersebut diumumkan oleh Abang Abdul Aziz ketika berucap mewakili Azizul semasa majlis makan malam TBC2025 di Dewan Cina Lundu, di sini, semalam.

Katanya kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta kepada Persatuan Chung Hua Lundu untuk menaik taraf gelanggang bola keranjang di Pekan Lundu.

Selain itu, tambahan RM1.8 juta turut diagihkan untuk menaik taraf bangunan Persatuan Chung Hua Lundu yang telah usang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjong Datu, Kaunselor Goh Chin Seng, Pemanca Chin Kian Ming serta ketua-ketua kaum dan masyarakat Daerah Lundu termasuk kaunselor-kaunselor daerah.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Turun padang bantu mangsa banjir
Next: Pastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.