Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dakwaan rakam gambar Kaabah boleh didenda tidak benar 
  • GLOBAL

Dakwaan rakam gambar Kaabah boleh didenda tidak benar 

Utusan Sarawak 3 days ago
DAKWAAN jemaah haji yang merakam gambar di sekitar Kaabah akan dikenakan denda hingga SR10,000 adalah tidak benar.

MAKKAH: Dakwaan kononnya jemaah haji yang merakam gambar di sekitar Kaabah akan dikenakan denda hingga SR10,000 seperti yang tular menerusi media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun.

Beliau berkata tiada peraturan sedemikian dikenakan setakat ini dan jemaah haji masih dibenarkan mengambil gambar di sekitar masjid suci berkenaan, namun mereka perlu mengutamakan adab serta tidak melakukannya ketika sedang menunaikan ibadah.

“Ambil gambar tidak menjadi kesalahan, tetapi elakkan ketika tawaf kerana perbuatan itu boleh mengganggu tumpuan serta pergerakan jemaah lain,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Mohd Hisham berkata penyebaran maklumat tidak tepat itu dipercayai berpunca daripada salah faham, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jemaah.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata jemaah dinasihatkan supaya merujuk kepada sumber rasmi dan petugas Tabung Haji bagi mendapat maklumat yang tepat, selain memberikan fokus kepada ibadah sepanjang berada di Masjidil Haram.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa Arab Saudi akan mengenakan denda SR10,000 atau bersamaan dengan RM10,500 dan ditahan serta dihantar pulang ke negara asal terhadap mana-mana pihak yang mengambil gambar atau video di Masjidil Haram, khususnya di hadapan Kaabah. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.2 skala richter landa Hokkaido, tiada amaran tsunami dikeluarkan
Next: Bom lama ditemukan di lapangan terbang utama Filipina – Media tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.