Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dafi nafi buat pembedahan bariatrik
  • HIBURAN

Dafi nafi buat pembedahan bariatrik

Utusan Sarawak 9 months ago
DAFI atau nama penuhnya, Gadaffi Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Tampil dengan tubuh yang semakin kurus, pelakon dan penyanyi Dafi menafikan dirinya membuat pembedahan bariatrik atau potong usus, sebaliknya beliau menjaga pemakanan dengan mengamalkan diet seimbang.

Dafi atau nama penuhnya, Gadaffi Ismail Sabri, 36, berkata tubuhnya kurus secara semula jadi kerana beliau konsisten mengawal pengambilan makanan harian selepas terbabit dalam penggambaran filem Malbatt: Misi Baskara, dua tahun lepas.

“Saya mula kurus sejak menjalani penggambaran untuk filem Malbatt: Misi Baskara… selepas itu saya memang mencuba sehabis baik untuk terus kekal kurus. Mungkin kali ini saya dilihat terlalu kurus sebab saya baru sahaja sembuh daripada demam dan batuk.

“Saya pun tidak tahu berapa kilogram berat badan saya sekarang, sebab dulu saya pernah berbadan besar sewaktu zaman sekolah. Jadi, sampai sekarang saya ada fobia untuk timbang (berat badan). Saya ada rasa takut sangat nak timbang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran cawangan kelima kedai emas, Merchant9 yang dirasmikan oleh bapanya yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini baru-baru ini.

Menurut bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu, beliau cuma menjangka berat badannya menyusut berpandukan saiz seluar yang dipakai.

Dalam perkembangan lain, Dafi kini giat mempromosikan lagu terbaharunya, Hellooo!, gubahan Shazee Ishak dengan lirik ditulis oleh Altimet.

“Saya gembira dapat kembali menghiburkan peminat selepas hampir 10 tahun tidak muncul dengan lagu baharu, yang secara tidak langsung sebagai pemberitahuan kepada peminat bahawa  saya masih lagi menyanyi.

“Lagu ini saya sudah lama rakam dan sepatutnya dilancarkan pada 2020, namun tertangguh susulan penularan Covid-19,” katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu Bila Terasa Rindu ini juga sibuk dengan perniagaan perkhidmatan dron yang diusahakannya sejak setahun lepas. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Komposer veteran Ooi Eow Jin meninggal dunia
Next: Beto Kusyairy ‘buat badan’ demi Gayong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.