Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Cuepacs bantah cadangan benarkan pelajar asing bekerja di Malaysia
  • NASIONAL

Cuepacs bantah cadangan benarkan pelajar asing bekerja di Malaysia

Utusan Sarawak 1 year ago
DATUK Adnan Mat

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah sebarang cadangan membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia, bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, perkara itu bukan sahaja menidakkan peluang rakyat tempatan, bahkan merugikan negara yang telah melakukan pelaburan tinggi melalui institusi pengajian tinggi tempatan demi melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata dasar membenarkan pelajar asing untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor teknologi tinggi sebagai satu langkah ke belakang, selain boleh mengakibatkan graduan tempatan menerima gaji yang lebih rendah serta meningkatkan kadar pengangguran rakyat tempatan pada masa hadapan.

“Pelbagai program telah diwujudkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dengan nilai pelaburan besar, bagi melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan.

“Negara ketika ini sudah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), baru-baru ini dilapor sedang mempertimbangkan kebenaran kepada graduan antarabangsa untuk bekerja di negara ini, bagi menampung kekurangan tenaga mahir di beberapa sektor termasuk elektrik dan elektronik (E&E).

Mengulas lanjut, Adnan turut mempersoalkan segelintir majikan yang lebih sanggup membayar gaji yang tinggi kepada pekera asing, sedangkan kualiti pekerja tempatan adalah lebih baik.

“Pilih kasih atau double standard dalam isu upah ini, mengakibatkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk berhijrah ke luar negara,” katanya.

Beliau juga meminta kerajaan menguatkuasakan gaji minimum yang lebih berbaloi kepada pekerja berkemahiran tinggi tempatan, bagi menyokong dasar-dasar pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi tempatan.

Manakala data-data yang dikumpulkan menerusi Pangkalan Data Utama (PADU), boleh dijadikan sandaran untuk menganalisis keupayaan sumber tenaga negara dan kadar upah yang bersesuaian, untuk dikecapi oleh rakyat Malaysia di masa hadapan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Laporkan kepada KPM jika berlaku pemotongan Bantuan Awal Persekolahan – Fadhlina
Next: Insentif RM2,000 untuk penjawat awam dibayar 23 Feb – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.